LEBIH 6.28 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, jumlah keseluruhan ialah 6,281,395,557 dos, didahului China dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ia diikuti India dengan sebanyak 905 juta dos dan Amerika Syarikat dengan lebih 393 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 240 juta dos sementara Jepun merekodkan lebih 164 juta.

Sementara itu, Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 ribu dos vaksin didaftarkan.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 146,098,059 dos didaftarkan.

Ini diikuti Thailand dengan 53,784,812, Filipina (45,601,096) dan Malaysia (43,933,988) yang melebihi angka 40 juta.

Manakala Singapura mendaftarkan lebih 9.4 juta dos vaksin.