OSAKA: Sebuah arked permainan video di Osaka dijadikan pusat vaksinasi sebagai usaha mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 di Jepun.

Ia ditutup selama dua hari bagi memberi laluan kepada kira-kira 1,500 pekerja serta kakitangan arked dan penduduk berdekatan kawasan itu menerima vaksin.

Bagi kumpulan yang terlibat, mereka menyifatkan ia langkah yang bertepatan dan memudahkan mereka untuk menerima vaksin.

Jepun agak ketinggalan berbanding negara lain dalam program pemberian vaksin kepada penduduknya.

Bagaimanapun, ia mencapai perkembangan yang progresif apabila lebih daripada separuh populasinya kini telah divaksinasi sepenuhnya.