LEBIH 4.644 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.84 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 536 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat dengan lebih 353 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dan Jepun, manakala Jerman menghampiri jumlah tersebut.

Sementara itu, United Kingdom dan Turki kini melebihi 80 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 82 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Malaysia di tangga kedua dengan lebih 27 juta manakala Filipina di tangga ketiga dengan lebih 26 juta dos vaksin didaftarkan.

Thailand pula mencatat lebih 22 juta dos sementara Singapura di tangga kelima dengan lebih 8.3 juta dos.