PROGRAM vaksinasi bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Jerman dipergiatkan dengan menggunakan pesawat Airbus A300 Zero-G.

Apa yang lebih istimewa, selepas kanak-kanak disuntik, mereka dan ibu bapa diberi peluang melakukan lawatan ke kokpit pesawat dan mengambil gambar.

Untuk rekod sehingga 2014, pesawat Airbus A300 Zero-G tersebut digunakan untuk simulasi tanpa berat yang digelar pesawat "prabolic" dan digunakan untuk tujuan penerbangan ujian.

Bagi ibu bapa, ini merupakan peluang meluaskan program vaksinasi di negara itu selain ke klinik yang disediakan.

Kanak-kanak turut dilihat lebih teruja untuk menaiki pesawat bagi mendapatkan vaksinasi.

Terdahulu, Jawatankuasa Penasihat Bebas Vaksinasi Jerman menyarankan pemberian vaksin terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang mempunyai masalah kesihatan dan yang mempunyai kontak dengan golongan rentan.

Mereka diberi dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dengan sela masa tiga hingga enam minggu.

Kanak-kanak berbaris bersama keluarga di luar pesawat Airbus A300 Zero G bagi mendapatkan suntikan vaksin yang disediakan khusus untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun di lapangan terbang di Cologne, Jerman, 9 Jan 2022. (Foto AP)