Valentino Rossi positif COVID-19

Astro Awani
Oktober 15, 2020 21:00 MYT
Valentino Rossi positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah. -Gambar fail/AP
Juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi, positif COVID-19.
Ini bermakna dia bakal terlepas aksi MotoGP Aragon.
Rossi menjalani ujian saringan selepas mengalami demam.
Ujian kedua mengesahkan dia positif koronavirus.
Dia sebelum itu terlibat dalam perlumbaan GP Perancis.
Rossi adalah pelumba MotoGP pertama diuji positif.
Sebelum ini beberapa kru perlumbaan turut disahkan positif virus itu.
Pasukan Yamaha mengesahkan Rossi mengikuti protokol kesihatan sepanjang berlumba.
Rossi kini menjalani kuarantin di kediamannya.
#Valentino Rossi #COVID-19 #ujian saringan #MotoGP #MotoGP Aragon #koronavirus #litar lumba #kru litar