NEW JERSEY: Syarikat-syarikat penerbangan di Amerika Syarikat terus menyaksikan bilangan besar pembatalan penerbangan pada Khamis disebabkan varian coronavirus Omicron turut memberi kesan kepada kakitangan syarikat penerbangan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Lebih 1,190 penerbangan yang dijadualkan berlepas dari AS dibatalkan, menurut FlightAware, perkhidmatan penjejakan penerbangan merentasi industri, dan 4,300 yang lain ditangguhkan.
Seorang jurucakap syarikat penerbangan, Maddie King, berkata beliau tidak pasti bila operasi akan kembali normal dan industri tidak menjangkakan kesan varian Omicron terhadap kakitangan.
"Ini tidak dijangka," katanya.
FlightAware berkata tiga syarikat penerbangan - United, Delta dan JetBlue - membatalkan lebih 10 peratus penerbangan yang dijadualkan pada Sabtu dan American Airlines juga membatalkan 90 penerbangan pada hari yang sama.
Virus itu telah mencetuskan kekalutan, dengan seluruh industri penerbangan mengalami masalah kekurangan kakitangan. Pada Rabu, 1,082 penerbangan dibatalkan.
Jurucakap United Airlines memberitahu CBS News peningkatan kes Omicron di seluruh negara minggu ini memberi kesan langsung kepada kru penerbangan syarikat dan petugas operasi.
"Akibatnya, kami terpaksa membatalkan beberapa penerbangan dan memaklumkan pelanggan yang terjejas sebelum mereka datang ke lapangan terbang."
Pembatalan berlaku ketika orang ramai bergantung pada syarikat penerbangan untuk perjalanan semasa musim cuti. Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan AS (TSA) berkata seramai enam juta orang dijangka menaiki penerbangan.
Kekurangan sangat ketara meskipun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memendekkan masa pengasingan untuk pesakit tanpa bergejala, atau mereka yang kurang bergejala, kepada lima hari berbanding 10 hari untuk cuba mengatasi masalah kekurangan kakitangan perkhidmatan penerbangan di seluruh negara.
Varian Omicron yang sangat mudah menjangkiti kini menyumbang 58.6 peratus daripada semua jangkitan di AS.
"Varian Omicron merebak dengan pantas dan berpotensi memberi kesan kepada semua aspek masyarakat kita," kata CDC dalam satu kenyataan seperti yang dilaporkan oleh CBS.
CDC menyebut mereka yang dapat melakukan perjalanan udara hanya perlu berbuat demikian jika divaksinasi, dan mereka harus memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial, dan kerap melakukan ujian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021
Tiga syarikat penerbangan - United, Delta dan JetBlue - membatalkan lebih 10 peratus penerbangan yang dijadualkan pada Sabtu. - Foto REUTERS
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.