BRITAIN pada Selasa mengumumkan pemberian suntikan dos penggalak kepada semua individu dewasa menjelang akhir Januari depan.

Pengumuman ini sebahagian langkah untuk memerangi varian Omicron.

Beliau turut mengumumkan pelitup muka wajib dipakai di England berkuat kuasa serta merta.

Menurut Johnson, langkah pencegahan ini diharap dapat membantu negara itu bersedia dengan jangkitan varian baharu tersebut.

"Sasaran yang kita tetapkan sendiri adalah untuk menawarkan dos penggalak kepada semua orang yang layak menjelang akhir Januari.

"Dan seperti dos pertama, kita akan menangani individu mengikut kumpulan umur menurun, dalam kumpulan lima tahun, kerana penting untuk dipastikan, mereka yang lebih tua dan lebih terdedah secara klinikal mendapat perlindungan tambahan itu terlebih dahulu," katanya.

Pengembara ke United Kingdom (UK) dikehendaki menjalani ujian saringan PCR dan mengasingkan diri sehingga mereka disahkan negatif.

Menteri Kesihatan UK Sajid Javid berkata, varian baharu itu "berkemungkinan" akan menyebabkan jangkitan melalui penularan komuniti.