KIEV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dinobatkan sebagai "Person of the Year" oleh Majalah TIME.

Memetik Arab News, Zelenskyy dinobatkan atas keberaniannya menentang pencerobohan dasyat oleh tentera Rusia.

Beliau juga menolak untuk meninggalkan ibu kota Kiev ketika perang berada di kemuncak malah keberaniannya untuk pergi melihat sendiri kawasan terjejas di negeri sekitar Ukraine melayakkannya menerima gelaran itu.

Selasa lalu, Zelenskyy melawat tentera Ukraine berhampiran di timur Ukraine.

"Fakta kejayaan Zelenskyy sebagai pemimpin perang dengan keberaniannya turut menular. Ia merebak melalui kepimpinan politik Ukraine pada hari pertama pencerobohan kerana semua menyedari bahawa Presiden akan kekal berada di situ," tulis Time yang mengakui kehebatan pemimpin berusia 44 tahun itu.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc yang juga individu paling kaya di dunia, Elon Musk dinobat sebagai 'Person Of The Year' 2021.