INDIANA: Seorang jururias kuku dari Cordelia 'Dee Dee' Adams yang menyimpan kuku selama 30 tahun menyifatkan dia tidak menyesal menyimpan kuku sepanjang 12 inci walaupun segelintir orang ramai menanyakan soalan 'tidak sopan' atau 'geli' terhadapnya.
Laman berita Oddity Central melaporkan, Cordelia yang mula menyimpan kuku sejak tahun 1989 ketika menjadi jururias kuku menyatakan dia sudah terbiasa melakukan semua kerja seharian di rumah tanpa mematahkan kuku panjangnya itu.
"Perkara yang seronok apabila anda menjadi perhatian kerana mempunyai kuku panjang yang luar biasa," kata Cordelia yang memberitahu Truly dan menambah perkara paling tidak disukainya apabila orang ramai menanyakan soalan 'tidak sopan' seperti bagaimana dia menjaga diri atau makan menggunakan kukunya.
Wanita yang berasal dari Indiana, Amerika Syarikat (AS) menyatakan semasa mula menjaga kuku menjadi panjang seperti hari ini, dia telah melakukan semua kerja harian seperti orang lain tanpa merosakkan 'khazanah' pentingnya itu.
Malah, Cordelia sudah mahir belajar cara menulis, memandu kereta dan memegang barangan di tangannya meskipun sepuluh kukunya kelihatan terjurai semasa melakukan aktiviti tersebut.
"Kadang-kadang kuku menghalang pandangan mata, jadi jika saya hendak memegang sesuatu, semua yang dipegang itu seperti hilang akibat terlindung daripada kuku," katanya.
Walaupun wanita itu boleh melakukan banyak benda seperti orang lain, dia masih perlu membiasakan diri untuk menyeret jari untuk menjawab panggilan telefon, menaip mesej dan membasuh baju demi menjadikan hidupnya lebih selesa.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 10 2022
Cordelia menyimpan kuku sejak 30 tahun lalu. - Agensi
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Wanita AS 'bangga' miliki kuku disimpan selama 30 tahun
Cordelia yang mula menyimpan kuku sejak tahun 1989 ketika menjadi jururias kuku menyatakan dia sudah terbiasa dengan keadaan itu.