Seorang wanita yang terkenal kerana rakaman imejnya yang dilitupi debu dalam tragedi runtuhnya bangunan World Trade Centre di New York pada 11 September 2001 akhirnya maut akibat barah perut pada Isnin, lapor portal berita New York Post.
Marcy Borders, 42, turut digelar sebagai ‘The Dust Lady’ atau ‘Wanita Debu’ kerana sekeping foto berkenaan dan secara tidak langsung dirinya diangkat sebagai ikon orang yang terselamat daripada tragedi berkenaan.
Sewaktu gambarnya diambil, bekas pekerja Bank of America itu dalam keadaan menggeletar dan terkejut dengan rentetan kejadian menakutkan tersebut.
Wanita berasal dari New Jersey itu baru sahaja memulakan tugas ketika sebuah pesawat menghentam menara utara bangunan berkenaan hingga mengakibatkan letupan besar, kebakaran dan kemudiannya meruntuhkan struktur bangunan.
Ketika menara utara itu runtuh, terdapat seorang yang menariknya ke bahagian lobi bangunan dan ketika itulah imejnya dirakamkan untuk siaran ke seluruh dunia.
Terdapat media tempatan yang melaporkan bahawa Borders pernah mendakwa diagnosis barahnya adalah berpunca daripada menyedut udara penuh toksik dalam tragedi tersebut.
Borders dalam satu wawancara dengan wartawan pernah menyatakan: “Saya sangat yakin mengenai punca barah ini kerana saya tidak pernah mendapat sebarang penyakit. Saya tidak ada tekanan darah tinggi, masalah kolesterol atau diabetes”.
Sejak peristiwa 11 September itu, saya tidak bekerja selama hampir 10 tahun dan menjelang tahun 2011 hidup saya benar-benar sukar. Setiap kali saya terpandang pesawat, saya panik,” katanya.
Sementara itu, anaknya Noelle Borders memberitahu bahawa ibunya telah melalkui satu perjuangan besar dalam hidup.
“Ibu saya telah melawan sebuah ‘pertempuran’ yang hebat,” ujarnya.
Agensi
Wed Aug 26 2015
Imej ikonik Marcy Borders yang dilitupi debu sewaktu tragedi bangunan World Trade Centre New York diserang. - Foto sumber Facebook Marcy Borders
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mengenang 9/11: Waris, saksi beri penghormatan kepada mangsa korban
Mereka terdiri daripada waris, saksi kejadian serta individu yang terlibat secara langsung dalam usaha penyelamatan.
Peristiwa 9/11 buka mata masyarakat antarabangsa tentang Islam - Penganalisis
Peristiwa serangan 11 September memberi corak baharu kepada geopolitik antarabangsa dan cara hidup penduduk dunia.
Kelibat misteri hantui pengunjung tapak peringatan 9/11
Setiap kali tibanya tarikh 11 September, peristiwa serangan yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) sekitar 17 tahun lalu pastinya terbayang di minda.
Amerika tidak akan tunduk lagi kepada kejahatan - Trump
Namun begitu, di sebalik apa yang berlaku, keluarga mangsa tetap terus memperingati pengorbanan yang dilakukan insan tersayang mereka.
Selepas 17 tahun, stesen subway WTC dibuka semula
Ia detik signifikan yang menyaksikan perubahan geo politik dunia atas apa yang didakwa sebagai serangan pengganas.
Tragedi 11 September, mangsa ke 1,641 dikenal pasti
Identiti mayat lelaki itu, bagaimanapun tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
'Wanita Debu' ikon tragedi 9/11 akhirnya maut akibat barah
Wanita itu baru sahaja memulakan tugas ketika sebuah pesawat menghentam menara utara bangunan berkenaan hingga mengakibatkan kemusnahan teruk.
12 tahun tragedi serangan 11 September
Walaupun lebih sedekad selepas tragedi 11 September 2001, masih ramai mengingati tragedi serangan ke atas Amerika Syarikat itu.