Wanita terjatuh ke dalam lubang 8 meter selama tiga hari

Agensi
Disember 20, 2017 05:58 MYT
Tangkapan skrin video menunjukkan misi menyelamat Charty yang dilakukan Ahad lalu. - AP
Seorang wanita dari Lightning Ridge, New South Wales, Australia bernasib malang apabila hasratnya untuk mengambil angin pada petang Jumaat lalu mengundang padah.
Cynthia Charty terjatuh ke dalam lubang sedalam 8 meter selepas kakinya tersadung dawai berduri dalam keadaan tersembam.
Bagaimanapun nasibnya masih baik apabila pihak polis daerah itu melakukan pencarian beliau menggunakan drone pada Ahad.
Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan selamat namun mengalami beberapa kecderaan akibat luka pada bahagian muka dan kaki.
#Australia #drone #hilang #jatuh #lubang #Malang #operasi #polis #wanita