SEORANG wanita terkejut apabila menemui beberapa biji telur kecil dalam seikat pisang yang dibelinya.

Shona McKenzie, 20, dari Glasgow, Scotland mendakwa pemeriksaan lanjut mendapati telur berkenaan mengandungi beberapa ekor anak cicak, lapor Guardian.

Menurut petugas di Muzium Natural History UK, Max Barclay, peningkatan kes telur haiwan ditemui di dalam makanan mungkin berkait dengan kekurangan penggunaan bahan kimia atau racun perosak.

"Lebih ramai pengguna mahu penggunaan racun perosak atau bahan kimia digunakan pada tanaman sejak kebelakangan ini.

"Ini memaksa lebih ramai petani akur kepada permintaan tersebut," katanya.

Menurut McKenzie, dia membeli pisang berkenaan di sebuah pasar raya dan tidak perasan kewujudan telur-telur tersebut sehingga tiba ke rumah.

"Selepas kembali ke rumah, tiba-tiba saya nampak beberapa biji telur pada sisir pisang yang baharu sahaja dibeli itu.

"Saya terus menjirus air pada pisang itu dan telur itu terjatuh dan terpecah, kemudian keluar seekor anak cicak," katanya.

Reptilia tersebut didapati tidak bernyawa lagi dan McKenzie terus membuangnya ke dalam tong sampah.

"Saya akan lebih berhati-hati ketika memilih buah dan sayur-sayuran di pasar raya selepas ini," katanya.