Warga London lancar kempen #WeAreNotAfraid tanda penentangan terhadap keganasan
Kohilah Sekaran
Mac 23, 2017 04:41 MYT
Mac 23, 2017 04:41 MYT
SERANGAN keganasan di Westminster yang berdekatan dengan kawasan Parlimen Britain pada Rabu tidak membuatkan warga London menjadi takut, dan pasif, sebaliknya mereka telah melancarkan satu kempen penentangan kebencian, #WeAreNotAfraid, di media sosial.
Menerusi hashtag itu, netizen menyampaikan mesej kepada penyerang bahawa kebencian tidak akan memecahbelahkan rakyatnya atau menggugat keharmoian negara itu.
Tambah warga London, mereka tidak akan mengalah pada keganasan, malah akan bangkit kembali dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
Sementara itu, pelancong serta warganegara lain dari seluruh dunia turut memberi sokongan dengan menyatakan bahawa keganasan ini tidak akan menghalang mereka menggembara ke negara itu.
“Westminster merupakan salah satu destinasi kegemaran saya, dan kejadian hari ini tidak akan menghalang saya melawat London pada masa depan,” tulis seorang netizen bernama, Loki Lego di laman Twitter.
Antara reaksi di media sosial;
Lima dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 40 orang cedera dalam serangan yang berlaku di luar kawasan Parlimen Britain, awal pagi tadi.
Selain tiga orang awam dan seorang anggota polis, penyerangnya juga mati ditembak polis.