BANGKOK: Wartawan Amerika Syarikat (AS) Danny Fenster yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dengan kerja paksa di Myanmar, dibebaskan dari penjara.
Fenster dibebaskan selepas Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bill Richardson mengadakan pertemuan dengan Jeneral Kanan Myanmar Min Aung Hlaing di Myanmar baru-baru ini.
"Inilah hari yang kita nantikan. Kami sangat bersyukur kerana Danny akhirnya dapat bersatu semula dengan keluarganya," kata Richardson dalam satu kenyataan yang dikeluarkan The Richardson Centre.
Sementara itu, jurucakap junta Mejar Jeneral Zaw Min Tun mengesahkan kepada BBC bahawaFenster telah dibenarkan meninggalkan negara ini.
Fenster, 37, ialah editor pengurusan majalah dalam talian Frontier Myanmar. Beliau ditahan pada Mei ketika cuba meninggalkan Myanmar.
Beliau adalah antara puluhan wartawan tempatan yang ditahan sejak rampasan kuasa tentera pada Februari.
Pada Jumaat, Fenster dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dengan kerja keras selepas didapati bersalah melanggar peraturan visa, menghubungi organisasi haram dan menyebarkan maklumat palsu atau menghasut.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan menghasut dan keganasan yang boleh dihukum penjara seumur hidup.
Richardson, bekas Gabenor New Mexico dan setiausaha tenaga ketika pentadbiran Bill Clinton mempunyai sejarah penglibatan yang lama dengan Myanmar.
Lawatan beliau ke Myanmar minggu lalu turut menerima kritikan. Bagaimanapun, Richardson memberitahu AP bahawa perbincangan tertumpu kepada hal berkaitan mempermudah bantuan kemanusiaan kepada negara itu, khususnya penyediaan vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Wartawan Amerika Syarikat (AS) Danny Fenster yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dengan kerja paksa di Myanmar, dibebaskan dari penjara. - Foto REUTERS
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Wartawan AS maut terkena tembakan di Ukraine
Brent Renaud bekerja untuk syarikat media Time Studios dalam projek mengenai isu pelarian global.
Lelaki penggal kepala Daniel Pearl dibebaskan Mahkamah Pakistan
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menyifatkan keputusan itu sebagai penghinaan kepada semua mangsa keganasan.