DAVOS: Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland membuka tirai pada Ahad menyaksikan tiada delegasi Rusia dijemput buat kali pertama dalam sejarah lebih lima dekad penganjuran forum utama dunia itu.
Beberapa laporan portal antarabangsa memetik jurucakap WEF bahawa tiada jemputan diserahkan kepada mana-mana wakil Rusia susulan sekatan yang dikenakan terutama kepada golongan kaya negara itu.
Pemerhatian Astro AWANI di sepanjang jalan utama di ruang kongres WEF mendapati, unit kedai yang lazimnya di panggil ‘Russia House’ kini di tukar kepada ‘Russia War Crime House’ dan ia hampir bertentangan dengan ‘Ukraine House’.
Di dalamnya dipapar gambar kesan peperangan di Ukraine termasuk gambar jasad mangsa perang yang dicetuskan oleh Rusia itu.
Ia sekali gus menjadi manifestasi penentangan penganjur terhadap perang Ukraine yang hampir memasuki bulan keempat.
WEF yang membawa tema 'History at a turning point; government policies and business strategies’ turut mengangkat topik perang di Ukraine sebagai asas forum.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dijangka menyampaikan ucaptama pada Isnin secara maya sekali gus menjadikan ia antara pembuka sesi forum.
Pada 2020, Rusia merupakan negara ketiga dengan kehadiran jutawan paling ramai di WEF dan sentiasa menjadi antara wakil terpenting di forum berkenaan.
Dua tahun pasca pandemik menyaksikan WEF dilaksanakan secara maya dan ini kali pertama ia diadakan secara fizikal.
Lazimnya WEF berlangsung pada Januari ketika musim sejuk namun disebabkan penularan varian Omicron, ia ditunda ke bulan Mei.
Forum yang berlangsung sehingga 26 Mei ini juga sedikit berbeza dengan ketiadaan pemimpin utama dari Amerika Syarikat, China, Rusia dan negara kaya (G7).
Najib Aroff
Sun May 22 2022
WEF yang membawa tema 'History at a turning point; government policies and business strategies turut mengangkat topik perang di Ukraine sebagai asas forum. - Astro AWANI
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
WEF 2022: Ekonomi Malaysia akan lebih baik selepas China hapuskan sekatan COVID-19
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dan penutupan beberapa aktiviti ekonomi memberikan impak kepada negara.
WEF 2022: Singapura fokus masa depan pengurusan air
Menteri Kanan Singapura, Tharman Shanmugaratnam memberi fokus kepada masa depan pengurusan air Kota Singa itu ketika menyertai Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 di Davos, Switzerland.
WEF 2022: Cukai golongan jutawan untuk bantu wanita - Oxfam
Beliau menyatakan bahawa mencapai kesaksamaan jantina kini akan mengambil masa 136 tahun, dengan wabak COVID-19 menolak kemajuan yang sudah dicapai kepada jurang satu generasi.
WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.