WASHINGTON: White House pada Jumaat mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memberikan pakej bantuan keselamatan tambahan bernilai AS$270 juta kepada Ukraine.

Menurut maklumat yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan, bantuan baharu itu termasuk empat "Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi" (HIMARS) dan peluru, empat kenderaan perisai, senjata antiperisai serta 580 sistem taktikal udara "Phoenix Ghost", lapor Xinhua.

Sebahagian daripada pakej itu, berjumlah AS$175 juta, akan terus diluluskan Presiden Joe Biden di bawah kuasa pengeluaran presiden (PDA), menurut Pentagon, baki AS$95 juta pula menerusi Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine menerusi dana Jabatan Pertahanan ( USAI).

Meskipun senjata yang diluluskan oleh PDA diambil terus daripada stok sedia ada Pentagon ia berada di bawah kuasa USAI kerana kerajaan AS memperoleh senjata daripada industri melalui kontrak.

Pengumuman pakej baharu itu menjadikan jumlah komitmen bantuan keselamatan AS kepada Ukraine kira-kira AS$8.2 bilion sejak pentadbiran Biden.

-- BERNAMA