GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran dan menggesa masyarakat bersiap sedia menghadapi ancaman serentak wabak COVID-19 dan penyakit pernafasan lain menjelang musim bunga nanti.
Menurut Xinhua, Dr Maria van Kerkhove daripada Program Kecemasan Kesihatan WHO, berkata pada sesi taklimat media bahawa keadaan itu berlaku apabila pergaulan antara masyarakat meningkat, serta patogen sistem pernafasan lain seperti influenza merebak ketika musim bunga.
Lebih 15 juta kes baharu jangkitan COVID-19 di seluruh dunia telah dilaporkan pada minggu lepas, bilangan terbanyak kes dilaporkan dalam tempoh seminggu.
Peningkatan kes didorong oleh "varian Omicron yang pantas menggantikan Delta di hampir semua negara," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Sementara itu, jumlah kematian mingguan kekal stabil sejak Oktober tahun lalu, dengan purata 48,000.
Meskipun bilangan pesakit dimasukkan ke hospital meningkat di kebanyakan negara, ia tidak berada pada tahap seperti gelombang sebelum ini.
"Kemungkinan varian Omicron tidak terlalu serius serta imuniti daripada vaksinasi yang semakin meluas atau jangkitan sebelum itu," katanya.
"Mari kita jelaskan: Omicron menyebabkan simptom kurang serius berbanding Delta, tetapi kekal sebagai virus berbahaya, terutamanya bagi mereka yang tidak divaksinasi," kata ketua WHO itu.
Organisasi itu sentiasa memberi amaran bahawa jumlah kes yang tinggi bakal membebankan sistem kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022
Dr Maria van Kerkhove daripada Program Kecemasan Kesihatan WHO. - Gambar fail
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
643 kes cacar monyet dikesan di 26 negara setakat ini - WHO
Sekurang-kurangnya 643 kes cacar monyet telah direkodkan di 26 negara pada awal Jun, kata Ketua Penularan Penyakit dan Zoonosis, Program Kesihatan Kecemasan WHO Maria Van Kerkhove.
COVID-19: WHO sahkan 38 negara catat kes varian Omicron
Kes indeks bermula dari kluster kumpulan pelajar universiti yang mempamerkan gejala ringan.
COVID-19: Varian baharu B.1.1.529 'Omicron' diklasifikasi sebagai 'membimbangkan'
Varian ini mempunyai sejumlah besar mutasi dan beberapa mutasi ini mempunyai beberapa ciri yang membimbangkan.
COVID-19: Dunia berisiko hilang kemenangan akibat varian Delta - WHO
WHO yakin vaksin yang telah diluluskan tetap berkesan menangani varian tersebut.
COVID-19: Tiada bukti varian baharu lebih berisiko - WHO
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan, mutasi baharu virus ini sudah dijangka dan merupakan proses semula jadi.
Tindakan Denmark hapuskan mink elak sumber penularan baharu - WHO
WHO menganggap tindakan Denmark menghapuskan mink adalah bagi mengelak risiko penularan COVID-19 tercetus daripada haiwan itu.
COVID-19: WHO sahkan tiada penularan di ibu pejabat Geneva
Menurut Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan, beberapa kes positif telah dikesan dan menular dalam kalangan komuniti.
COVID-19: WHO beri amaran peningkatan kes terutama di Hemisfera Utara
Jelasnya, beberapa bulan akan datang merupakan waktu yang sangat getir bagi beberapa negara di kawasan itu.
COVID-19: WHO beri amaran peningkatan kes di Eropah
Jangkitan meningkat tiga kali ganda daripada yang dilaporkan pada minggu pertama Mac.
WHO perjelas kekeliruan berhubung jangkitan COVID-19 oleh individu tanpa simptom
Maria Van Kerkhove berkata beliau hanya merujuk kepada beberapa kajian dan bukan kepada keseluruhan keadaan.