GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Ghebreyesus menyuarakan kebimbangan berikutan peningkatan semula kes jangkitan dan kematian akibat COVID-19 selain trend peningkatan kes cacar monyet.
Kes cacar monyet juga menunjukkan trend peningkatan iaitu 9,200 kes di 63 negara setakat ini, lapor Agensi Anadolu.
"Jawatankuasa Kecemasan COVID-19 mengadakan mesyuarat pada Jumaat minggu lalu dan membuat kesimpulan bahawa virus itu kekal dilabel sebagai "kecemasan global"," kata Tedros ketika sesi webinar media pada Selasa sambil menegaskan wabak itu berada pada tahap amaran tertinggi WHO.
Jawatankuasa kini memberi perhatian terhadap sub-varian Omicron seperti BA.4 dan BA.5 yang terus memacu gelombang kes, kadar kemasukan ke hospital dan kematian di seluruh dunia.
"Pemantauan telah berkurangan dengan ketara -- termasuk ujian dan penjujukan genom -- menjadikannya semakin sukar untuk menilai kesan varian terhadap penularan, ciri penyakit, dan keberkesanan tindak balas.
"Di samping itu, diagnostik, rawatan dan vaksin gagal dimanfaatkan dengan berkesan.
"Virus merebak dengan mudah, dan kebanyakan negara tidak lagi menguruskan penyakit secara berkesan berdasarkan kapasiti mereka, termasuk dari segi kemasukan ke hospital untuk kes akut dan peningkatan bilangan pesakit pasca COVID-19 -- sering dirujuk sebagai 'Long COVID'," tambahnya.
Di peringkat global, kes jangkitan COVID-19 meningkat untuk empat minggu berturut-turut selepas angka kes menurun pada Mac.
Setakat 27 Jun hingga 3 Julai, lebih 4.6 juta kes jangkitan dilaporkan dengan 8,100 kematian.
Lebih 546 juta kes jangkitan telah disahkan dan lebih 6.3 juta kematian telah dilaporkan di seluruh dunia sehingga 3 Julai.
Mengenai cacar monyet, Tedros berkata: "Jawatankuasa Kecemasan untuk cacar monyet akan bersidang semula minggu depan dan melihat trend jangkitan, sejauh mana keberkesanan langkah-langkah pencegahan yang diambil, dan membuat saranan kepada negara dan komuniti mengenai langkah yang perlu dilakukan untuk menangani wabak itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
Menurut WHO, kes cacar monyet juga menunjukkan trend peningkatan iaitu 9,200 kes di 63 negara setakat ini.- REUTERS
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Ketua WHO gesa perlindungan kemudahan penjagaan kesihatan semasa konflik
Ghebreyesus berkata kerosakan kemudahan penjagaan kesihatan dan kakitangan WHO telah menjadi norma, seperti yang dilihat di Gaza, Sudan dan Ethiopia.
Hospital Al-Shifa umpama cangkerang kosong dengan pusara manusia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan Israel.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
9,000 pesakit memerlukan pemindahan kecemasan dari Gaza
Hanya 10 hospital yang berfungsi secara minimum di seluruh Gaza dan beribu-ribu pesakit gagal mendapat penjagaan kesihatan.
Kebuluran di Gaza dijangka tidak dapat dielakkan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata analisis terkini daripada Integrated Food Security Phase Classification (IPC) mencerminkan keadaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza.
Satu daripada lapan orang kini hidup dengan obesiti - WHO
Obesiti dalam kalangan orang dewasa telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak 1990.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Gaza: WHO bantu keluarkan 14 pesakit dari Hospital Nasser
WHO membantu memindahkan 14 pesakit dari Hospital Nasser di bandar Khan Younis yang dikepung tentera Israel.
Penggunaan tembakau semakin berkurangan di seluruh dunia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, kebanyakan negara di seluruh dunia berjaya mengurangkan penggunaan tembakau.