Selepas 76 hari menjalani perintah berkurung, akhirnya Wuhan bagaikan hidup semula.

Ia selepas pintu masuk dan keluar bandar itu dibuka tepat 12 tengah malam Rabu waktu tempatan.

Penghujung kepada perintah berkurung selama 11 minggu itu disambut meriah penduduknnya dengan pertunjukan lampu.

Bermula hari ini, 11 juta penduduk bandar itu dibenarkan keluar dan masuk Wuhan tanpa memerlukan kelulusan rasmi.

Bagaimanapun, mereka perlu menggunakan aplikasi pada telefon pintar bagi menjejaki pergerakan sekiranya mempunyai sebarang kontak rapat dengan individu yang positif COVID-19.

Di sepanjang Sungai Yangtze, penduduk Wuhan mula memenuhi jambatan untuk menyaksikan pertunjukan lampu.

Lapor The New York Times, Wuhan hanya melaporkan tiga kes baharu dalam tiga minggu lalu manakala tiada kematian dilaporkan di seluruh China semalam buat pertama kali sejak Januari.