BEIJING: Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China Xi Jinping menerima kunjungan Pengerusi Parti Rusia Bersatu, Dmitry Medvedev, di sini, pada Rabu.
Menurut Xi, Kongres Kebangsaan ke-20 PKC telah menetapkan misi utama untuk membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat secara komprehensif dan mewujudkan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China dengan modenisasi ala China.
"China berkeyakinan penuh untuk menjayakan perjalanan modenisasi ala China, di samping menyediakan lebih banyak peluang kepada kedamaian dan kemakmuran dunia," ujar Xi.
Beliau berkata PKC dan Parti Rusia Bersatu mengadakan pertukaran institusional untuk jangka masa yang panjang.
"Ini menjadi saluran dan platform yang unik bagi mengukuhkan saling percaya politik, mendorong kerjasama sama menang dan memaparkan koordinasi strategik antara China dengan Rusia.
"Ia juga telah menyediakan sokongan yang kuat bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara yang mampan untuk jangka masa panjang," kata Xi.
Menyentuh tentang isu Ukraine, Xi berkata China mengambil pendirian dan dasar berasaskan fakta, mempertahankan pendirian yang objektif dan adil, berusaha mendorong rundingan damai.
Justeru, Xi berharap pihak terlibat bersabar dan rasional, mengadakan dialog secara komprehensif serta menangani kebimbangan bersama dalam bidang keselamatan melalui politik.
Medvedev dalam ucapannya pula mengatakan bahawa Parti Rusia Bersatu bersedia meningkatkan pertukaran pengalaman dengan PKC dalam pentadbiran negara, dan melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara.
Kata beliau pihaknya akan memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, sumber tenaga dan pertanian, bersama-sama melawan tekanan dan tindakan yang tidak adil dari luar, agar mendorong hubungan perkongsian koordinasi strategik komprehensif antara Rusia dan China mencapai kejayaan yang lebih besar.
"Krisis Ukraine mempunyai sebab-sebab tersendiri dan situasinya amat kompleks. Rusia bersedia menyelesaikan masalah itu melalui rundingan damai," kata Medvedev.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Xi (kanan) berkata, PKC dan Parti Rusia Bersatu mengadakan pertukaran institusional untuk jangka masa yang panjang. - AP
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Presiden China dahului mesej ucapan tahniah terhadap pemilihan semula Presiden Putin
Xi berkata pemilihan semula Putin mencerminkan sepenuhnya sokongan daripada rakyat negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Bantuan kemanusiaan itu, termasuk ubat-ubatan dan barangan makanan seperti makanan dalam tin, biskut, madu, oat dan air minuman.
China tegak keadilan dalam isu Palestin, kata Presiden Xi
Xi menegaskan China teguh menyokong usaha keadilan bagi memulihkan hak rakyat Palestin yang sah.
Hubungan erat China-AS jadi harapan rakyat - Presiden Xi
Menurut Xi, rakyat turut mencipta masa depan hubungan China-AS, apatah lagi ketika hubungan kedua-dua negara menghadapi ketegangan.
Amerika, China ikrar stabilkan hubungan menerusi perjanjian sederhana
Pertemuan Joe Biden dan Xi Jinping menunjukkan kepada dunia bahawa dua kuasa ekonomi global itu tidak terikat dalam pertembungan kuasa.
Persaingan tidak seharusnya bertukar menjadi konflik, kata Joe Biden kepada Xi Jinping
Pertemuan Presiden AS, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping di San Francisco jadi tumpuan dunia.
Pemimpin China, AS bakal bincang isu penting dunia, hubungan dua hala
Presiden China Xi Jinping akan melawat Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri pertemuan pemimpin China-AS atas undangan pihak AS.
Presiden Xi mahu China perkasa pembinaan komuniti berkongsi nasib menerusi ruang siber
China mencadangkan agar pelbagai pihak mengutamakan pembangunan dan membina ruang siber yang lebih inklusif, universal dan makmur.
BRI mampu realisasikan matlamat pembangunan bersama - Putin
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang diketengahkan Presiden China Xi Jinping hadir tepat pada masanya dan telah mencapai kemajuan positif, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.