YouTube pihak ketiga halang iklan tidak lagi boleh strim video

Amanz
April 16, 2024 02:30 MYT
YouTube mengatakan menghalang paparan iklan akan menyebabkan penghasil kandungan tidak dapat menjana pendapatan. - Gambar hiasan
TERDAPAT beberapa aplikasi pihak ketiga untuk YouTube yang boleh dimuat turun oleh pengguna Android. Antara kelebihannya ialah ciri menghalang iklan secara terbina. Kini Google mengeluarkan kenyataan bahawa aplikasi pihak ketiga dengan penghalang iklan tidak lagi boleh menstrim video.
Jika video cuba distrim, notifikasi “kandungan berikut tidak tersedia pada aplikasi ini” akan dipaparkan pada skrin dan video juga akan kerap terganggu dengan isu penimbalan. YouTube mengatakan menghalang paparan iklan akan menyebabkan penghasil kandungan tidak dapat menjana pendapatan. Bagi pengguna yang tidak ingin menonton iklan, mereka disarankan melanggan kepada YouTube Premium secara sah.
Sebelum ini Google telahpun mengharamkan aplikasi seperti YouTube Vanced kerana ciri penghalang iklan terbina. Walaupun aplikasi tidak lagi dibangunkan, ia masih boleh digunakan secara pemasangan sisi oleh pengguna Android.
SUMBER Google
#Google #YouTube #halang iklan #strim video