PENGASAS bersama Facebook, Mark Zuckerberg memohon maaf kepada jutaan pengguna susulan gangguan pada platform media sosial itu.

Lewat Isnin pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp mengalami kesukaran mengakses aplikasi tersebut dan ia hanya pulih selepas hampir enam jam kemudian.

Dalam catatan di akaun Facebook miliknya, Zuckerberg berkata beliau kesal dengan kesulitan yang dialami pengguna.

"Saya memohon maaf atas gangguan yang berlaku ini. Saya tahu ramai di antara pengguna bergantung kepada perkhidmatan kami untuk berhubung dengan individu yang mereka kasihi," katanya.


 
Sumber Facebook zuck

Tambah beliau, kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan dan kebanyakan pengguna sudah boleh mengakses platform media sosial itu namun penggunaannya masih tersekat-sekat.

BACA: Facebook, Instagram, WhatsApp kembali pulih selepas alami gangguan selama 6 jam