IKEA yang dioperasikan oleh Ikano Pte Ltd, mengulangi pengesahan bahawa harga produk dalam Katalog IKEA 2015 kekal seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Pengurus IKEA Damansara Gerard Jansen berkata premis itu komited dalam menawarkan kelengkapan rumah buatan Sweden yang berpatutan dengan reka bentuk menarik, berfungsi dengan baik dan berkualiti kepada pengguna.

"Pelanggan akan terus menikmati produk dan penyelesaian berharga rendah sekalipun CBP sudah dilaksana. Kami harap langkah ini akan membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan lebih selesa di rumah," katanya dalam kenyataan.

Perniagaan berpangkalan di Sweden itu juga mengulangi jaminan yang ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan keperluan pelanggan diutamakan.