TIDAK semua bintang Hollywood memiliki tuah dari awal. Sebaliknya, ada yang terpaksa melalui jalan sukar sebelum berjaya.

Ini 10 bintang besar yang pernah ditolak semasa awal kemunculan mereka.


Salma Hayek


Salma Hayek

Sesiapa yang melihat Salma Hayek sekarang mungkin sukar untuk mempercayainya, tetapi dia pernah diberitahu bahawa dia tidak akan berjaya sebagai pelakon kerana usia dan negara asalnya.


Kate Winslet

Kate Winslet


Ketika berusia 14 tahun, guru drama Winslet memberitahu dia hanya boleh melakonkan watak gadis gemuk.


Spice Girls


Spice Girls


Kesilapan terbesar Simon Cowell ialah menolak kumpulan wanita paling berjaya di Britain. Cowell melepaskan peluang untuk menandatangani mereka pada awal 90an.


Reese Witherspoon

Reese Witherspoon


Sebelum 'Legally Blonde', Witherspoon berulang kali ditolak atas alasan tidak cukup tinggi, tidak cukup cantik atau tidak cukup bijak.


Sidney Poitier

Sidney Poitier


Poitier mencipta sejarah sebagai pelakon Afrika-Amerika pertama yang memenangi Anugerah Akademi dalam kategori Pelakon Terbaik, tetapi sebelum menikmati kejayaan itu dia pernah diberitahu seorang pengarah supaya "berhenti membuang masa dan teruskan bekerja sebagai pencuci pinggan".


Shakira

Shakira

Guru muzik Shakira pernah memberitahu suaranya "seperti kambing", namun kini terbukti suaranya yang unik itu menjadi kegilaan peminat.


Jay-Z

Jay-Z

Dia kini merupakan artis berpendapatan tertinggi di Amerika Syarikat, tetapi ketika baharu memulakan kerjaya sebagai penyanyi rap, banyak label syarikat rakaman menolaknya kerana menganggap dia tidak cukup bagus.


Jennifer Lawrence

Jennifer Lawrence

Lawrence pada mulanya diberitahu bahawa dia tidak cukup kurus untuk standard Hollywood. Dia kemudiannya menerima pencalonan Anugerah Akademi pertamanya ketika berusia 20 tahun, dan memenangi Oscar pertamanya pada usia 22 tahun.


Oprah Winfrey

Oprah Winfrey


Selain dipecat daripada jawatan sebagai pembaca berita kerana "terlalu beremosi", Winfrey juga diberitahu dia "tidak layak untuk TV" oleh bosnya. Dia kemudiannya membina kekayaan menerusi rancangan TV yang memaparkan temuramah dan kisah beremosi.


Lady Gaga

Lady Gaga

Gaga berkata dia sentiasa dikecewakan kerana wajahnya, terutamanya hidungnya, dan syarikat rakaman pertamanya melepaskan Gaga hanya beberapa bulan selepas menandatangani kontrak.


* Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!