Ada jangkitan paru-paru, Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah

Gempak
Ogos 13, 2018 07:35 MYT
Pelakon veteran Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah sejak Sabtu lalu selepas mengalami sesak nafas.
PELAKON veteran Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah sejak Sabtu lalu selepas mengalami sesak nafas.
Menerusi entri di instagram pelakon Jasmin Hamid, dia memaklumkan mengenai keadaan pelakon itu dan memohon agar semua pihak mendoakan kesihatan Wan Maimunah.
"Marilah kita sama-sama doakan untuk kakakku Seniwati Wan Maimunah supaya cepat sembuh.
"Semoga sahabat-sahabat dan pihak @persatuansenimanmalaysia
dan @finasmalaysia dapat membantu meringankan apa yang beliau sedang lalui sekarang. Aamiin.
"Saya bertanyakan khabar beliau sendiri dan saya minta izin beliau untuk khabarkan kepada yang mengenali beliau bahawa beliau dimasukkan ke Katil 25,Wad Kenanga 2B,Hospital Alor Gajah, Melaka kerana penyakit asma dan kemungkinan ada jangkitan kuman di paru-paru, pagi tadi 11 Ogos 2018," tulisnya.
Sebelum ini pada November dua tahun lalu, pelakon itu pernah dimasukkan di Hospital Jasin, Melaka akibat jangkitan kuman pada paru-paru selain mengalami jantung bengkak selain mengadu sakit dada.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#hiburan #Hospital Alor Gajah #Jasmin Hamid #kesihatan #sesak nafas #Wan Maimunah