Album Yuna, Chapters masuk carta Billboard, melonjak ke tangga ke-8

Astro Awani
Jun 3, 2016 08:43 MYT
Muzik video Crush yang menampilkan Yuna bersama penyanyi terkenal dunia, Usher.
Album terbaru Yuna, penyanyi kelahiran Malaysia yang kini melebarkan sayapnya di Amerika Syarikat disenaraikan dalam carta Billboard dalam kategori Top R&B Album.
Album berjudul Chapters mula diedarkan sejak Mei lalu melonjak ke tangga ke-8 pada minggu pertama disenaraikan untuk minggu 11 Jun 2016.
Antara lagu yang popular dalam album tersebut termasuk Crush yang turut menampilkan penyanyi terkenal dunia Usher.
Lagu lain termasuk Mannequin, Used To Love You (feat. Jhene Aiko), Poor Heart, Places To Go, Time dan banyak lagi.
Carta itu menyenaraikan album R&B paling popular setiap minggu yang dikumpul berdasarkan maklumat penjualan yang dilakukan oleh Nielsen Music.
#billboard #Chapters #Jhene Aiko #R&B Album #Used To Love You #Usher #Yuna