SANTA FE: Pelakon Hollywood Alec Baldwin dilaporkan tidak mengetahui bahawa pistol yang meragut nyawa kru penggambaran pada Khamis diisi peluru hidup.

Sebaliknya beliau diberitahu oleh pembantu pengarah bahawa pistol 'prop' yang sepatutnya berisi peluru kapur itu adalah selamat untuk digunakan, lapor New York Post.


Hollywood | Alec Baldwin tertembak mati kru

Waran yang dikeluarkan pada Jumaat mendedahkan bahawa atas keyakinan itu, dia terus menarik picu dan melepaskan tembakan yang sebaliknya membunuh kru sinematografi dan mencederakan pengarah filem.

Difahamkan pembantu pengarah itu juga tidak mengetahui bahawa senjata api itu berisi peluru hidup ketika dia memberikannya kepada pelakon itu di lokasi penggambaran filem koboi "Rust" di New Mexico pada Khamis.

Waran itu dikeluarkan supaya penyiasat boleh mendokumentasikan lokasi kejadian di ladang Santa Fe di mana kejadian berlaku.

Menurut waran itu, penguat kuasa telah merampas senjata api tersebut serta peralatan lain yang digunakan kru semasa penggambaran.

Kostum yang dipakai Baldwin dengan kesan darah juga dirampas.

Baldwin berada di set untuk penggambaran filem "Rust" di mana tembakan daripada senjata apinya dilepaskan secara tidak sengaja.


Tertembak Kru Di Set | White House ucap takziah, Baldwin masih disiasat

Pengarah Sinematografi Halyna Hutchins, 42, maut ditembak di bahagian dada manakala pengarah Joel Souza, 48, yang berdiri di belakangnya cedera.

Tiada maklumat jelas tentang jenis senjata api dan jumlah das tembakan yang dilepaskan diketahui setakat ini.

Tiada pertuduhan dibuat susulan kejadian tembakan tersebut setakat ini.

BACA: White House ucap takziah insiden tertembak kru di set, Baldwin masih disiasat 

BACA: Tertembak mati kru penggambaran, Alec Baldwin tampil dengan kenyataan pertama 



Insiden Di Set Filem | Alec Baldwin lahirkan rasa sedih