AKTRES "Aquaman", Amber Heard gagal dalam cubaan untuk mendapatkan perbicaraan baharu bagi kes fitnah ke atas bekas suaminya, Johnny Depp.

Peguam Heard memfailkan permohonan mahkamah untuk membatalkan keputusan kes dan mengisytiharkan perbicaraan silap atas alasan juri berat sebelah.

Bagaimanapun permohonan itu ditolak mahkamah.

Hakim Penny Azcarate memutuskan tiada bukti untuk menyokong dakwaan juri berat sebelah.

Jun lalu, Heard diarah membayar AS$10.35 juta kepada Depp kerana didapati memfitnah pelakon itu.

Depp, 59, menyaman Heard kerana memfitnah dan mendakwa berlaku keganasan domestik sepanjang perkahwinan.