GOMBAK: Artis dan usahawan, Shuib redha dan berlapang dada menerima ketentuan bahawa sudah sampai masanya isteri tercinta, Siti Sarah kembali ke pangkuan Allah.
Namun, di sebalik itu, Shuib masih belum mempunyai kekuatan untuk berkongsi berita sedih itu dengan tiga orang anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Menurut Shuib, dia hanya akan berbuat demikian sekembalinya ke rumah sebaik selesai urusan pengebumian Siti Sarah di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu di sini.
“Buat masa ini anak-anak saya belum tahu, isteri saya baru dikebumikan dan saya baru nak beritahu anak-anak,” kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad kepada Astro AWANI ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu di sini, pada Isnin.
BACA: Tulisan terakhir buat Siti Sarah...
BACA: Panggilan video terakhir Siti Sarah jadi kenangan abadi buat Shuib dan anak-anak
Allahyarham Siti Sarah yang pernah masyhur dengan lagu Kesetiaan menghembuskann nafas terakhir pada usia 36 tahun pada pukul 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCM) hari ini.
Allahyarham meninggalkan suaminya, Shuib dan empat lagi anaknya termasuk bayi lelakinya Ayyash Affan yang baru dilahirkan pada Jumaat lalu.
Bayi yang baru dilahirkan Allahyarham diberi nama Ayash Affan dan kini masih ditempatkan di HTCM.
Dalam perkembangan sama, Shuib merakamkan terima kasih kepada semua kenalan serta seluruh anggota masyarakat yang tidak putus-putus mendoakan arwah isterinya yang bertarung nyawa sejak beberapa hari lalu.
"Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bersusah payah untuk isteri saya sepanjang berlaku kejadian ini. Saya ucapkan terima kasih atas usaha solat hajat atas arwah isteri saya.
"Hanya Allah sahaja dapat membalas budi itu, saya balik nanti saya doakan kalian semua diberkati dilindungi dan dirahmati. Maafkan isteri saya, sedekahkan dia Al-Fatihah banyak-banyak," pinta Shuib, 37, lagi.
Dalam masa sama, Shuib juga menitipkan doa kepada mereka yang dijangkiti wabak COVID-19 dan sedang bertarung nyawa agar dipermudahkan oleh Allah untuk melalui ujian itu.
BACA: Jenazah Allahyarham Siti Sarah dijangka dikebumi selepas jam 1 tengah hari ini
Fareez Azman
Mon Aug 09 2021
Shuib redha dan berlapang dada menerima ketentuan bahawa sudah sampai masanya isteri tercinta, Siti Sarah kembali ke pangkuan Allah akibat jangkitan wabak COVID-19. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.
GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.
Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.
Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.
Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.
Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.
Mamat dedah punca tidak hadir majlis pernikahan Shuib
Mamat berkata dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahan rakannya itu untuk mengucapkan tahniah.