KUALA LUMPUR: Pelakon Nad Zainal yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan semakin stabil berbanding keadaannya pada Isnin lalu.

Berita gembira ini dikongsi menerusi Instastory milik Ungku Ismail yang mengulang siar informasi terkini daripada rakan mereka, Rian Shain.

“Situasi terkini @nadzainal. Alhamdulillah. Cumanya selepas diberikan dua botol super steroid, antibody dia drop (basically the treatment),” tulisnya.

Difahamkan, tahap oksigen dalam badan Nad turut menunjukkan peningkatan berbanding beberapa hari sebelum ini.

Dalam pada itu, pelawat tidak digalakkan datang ke wad untuk melihat keadaan terkini aktres itu.

“Dengan itu, siapa-siapa yang datang tidak digalakkan untuk masuk ke wad Nad. Boleh jumpa ahli keluarga semua di lounge,” akhirinya dengan tanda pagar Pray For Nad Zainal.

Kredit: IG Ungku Ismail


Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin dilaporkan kritikal susulan pendarahan pada bahagian paru-paru dan doktor mengesyaki Nad mengalami autoimun.

Sementara itu, penyampai radio popular Sharifah Shahirah berkongsi mesej di Instastory memaklumkan pesanan dari ibu Nad Zainal.

"Ibu Nad beritahu Nad akan diperiksa oleh doktor pakar untuk buah pinggang kerana buah pinggangnya kini terjejas," tambah Sharifah.

Sehingga kini, media sosial dihujani titipan titipan doa daripada selebriti tanah air selepas dikejutkan dengan berita pelakon Nad Zainal yang masih berada dalam keadaan kritikal di wad ICU akibat komplikasi paru-paru berdarah.