Baru tiga hari berpisah dengan anak bongsunya yang duduk di asrama, namun kerinduan Allahyarham Lok-U pada Yasmin Damia sukar dibendung.
Menurut isteri Allahyarham Lok-U, Jamariah Yusof, hampir setiap hari suaminya meluahkan rasa rindu pada anak perempuan tunggal mereka yang berusia 13 tahun itu.
Kata Jamariah, Yasmin Damia memulakan persekolahan Sekolah Agama Menengah Bestari di USJ5 sejak Isnin lalu.
“Yasmin baru daftar masuk ke sekolah itu Isnin lalu tetapi arwah asyik mengira hari untuk menjemputnya.
“Sepatutnya lagi dua hari (Jumaat) kami akan ke Sekolah Agama Menengah Bestari di USJ5 untuk berjumpa dengan Yasmin tapi hari ini, anak pula yang ambil ayah dia,” katanya kepada Astro Awani ketika ditemui di Hospital Serdang, di sini pada Rabu.
Jamariah turut berkongsi cerita bagaimana arwah suaminya itu sering memberitahu perasaan berpisah dengan anak lelaki dan anak perempuan sangat berbeza.
“Arwah cakap rindu dengan anak perempuan sampai tak lena tidur, sebab mereka berdua rapat.
“Lagipun, Yasmin satu-satunya anak perempuan kami dan bongsu pula, itu yang terasa sikit bila berjauhan,” kata Jamariah yang tabah dan redha menerima berita pemergian suami tercinta.
Selain Yasmin Damia, Allahyarham Lok-U juga mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adam Danial, Faris Danial dan Ahmad Firhan Danial.
Allahyarham Lok-U atau nama sebenarnya, Faizal Uzir menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi ini pada usia 46 tahun.
Lok-U dikatakan mengalami sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, di sini sebaik pulang dari berjogging.
Jenazah Allahyarham Lok-U kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.
Sebaik proses bedah siasat, jenazah Allahyarham Lok-U akan dibawa ke Surau Al-Falah, Puncak Jalil, di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya
sebelum solat Maghrib hari ini.
Lok-U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.
BACA: Pemuzik ternama Lok-U meninggal dunia
BACA: "Kalau aku tiada, kongsilah video aku..." - Pembantu peribadi terkenang kata-kata akhir Lok-U
Farhana Joni
Wed Jan 22 2020
Allahyarham Lok-U sangat rapat dengan anak bongsunya, Yasmin Damia yang kini tinggal di asrama. - Gambar FAIZAL UZIR LOK-U
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Arwah Lok-U rindu anak perempuan, hitung hari jemput di asrama
Baru tiga hari berpisah dengan anak bongsunya yang duduk di asrama, namun kerinduan Allahyarham Lok-U pada Yasmin Damia sukar dibendung.