PASANGAN selebriti Stacy dan Akim Ahmad memilih nama Isa buat cahaya mata baharu yang disambut mereka pada 6 Ogos lalu.

Berkongsi perkara itu di Instagram, Stacy meluahkan rasa syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada peminat yang mendoakannya.

“Assalamualaikum Isa. Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Isa dan saya serta yang memberikan ucapan,” tulisnya pada kapsyen.

Menerusi hantaran sama, Stacy turut mendedahkan sikap suami dan anak-anaknya yang begitu teruja menyambut kehadiran Isa sebagai ahli baharu dalam keluarga itu.

“Cahaya mata Mami (Stacy) sudah tiba dan yang paling teruja dan risau Beyshal (anak kedua).

“Tapi untung sudah besar anak-anak saya, ramailah dapat tolong Mami terutamanya dia orang punya ayah, thank you Daddy (Akim Ahmad).  

“Mahu minta tolong ambil lampin pun berlumba semua haha," tambahnya.

Sementara itu, ruangan komen pelantun lagu Jahat itu dihujani ucapan selamat dan tahniah oleh beberapa rakan artis dan peminatnya.



Terdahulu, berita kelahiran Isa dikongsi Akim menerusi satu hantaran foto yang dimuat naik di Instagram sambil memperlihatkan sebahagian wajah bayi itu.

Untuk info, Akim dan Stacy sah menjadi suami isteri pada Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.

Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat yang mesra dengan panggilan Beyya yang kini sudah memasuki usia sembilan tahun. -- Gempak



 


 

 



 




View this post on Instagram


 



 

 

 



 

 



 

 

 




 

 


A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)