KUALA LUMPUR : Astro melancarkan Astro Fibre, iaitu perkhidmatan jalur lebar gentian tersendiri yang bakal menjadikannya sebuah Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) penuh.

Transformasi ini menyusuli pelancaran WiFi KENCANG, perkhidmatan jalur lebar gentian sulung Astro Fibre, yang disediakan bersama kandungan Astro dan Mesh WiFi, membawakan sambungan Internet dan
hiburan di rumah serba lengkap untuk pelanggan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV dan Ketua Pegawai Operasi Astro, Euan Smith dalam satu kenyataan, pihaknya melanjutkan usahauntuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan mendapati usaha ini semakin mendapat tempat di hati pengguna angka pelanggan jalur lebar meningkat 58% secara tahunan sambil lebih ramai pelanggan menyedari nilai dan kemudahan jalur lebar digabungkan bersama kandungan Astro.


"Dengan perkhidmatan Astro Fibre secara tersendiri, portfolio produk kini lebih mantap untuk berkhidmat kepada pelanggan dengan pelbagai keperluan berbeza, sama ada digabungkan dengan kandungan Astro atau untuk perkhidmatan Internet semata-mata.

"Memanfaatkan kekuatan rangkaian HSBB luas daripada TM, Astro boleh melancarkan perkhidmatan dengan lebih pantas kepada semakin ramai penduduk Malaysia.

"Dengan infrastruktur, teknologi dan kepakaran kami yang kukuh, kami berada pada kedudukan lebih baik untuk menyokong pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Malaysia untuk menyediakan liputan lebih luas dan pengalaman jalur lebar lebih baik bagi rakyat Malaysia, sekali gus memainkan peranan proaktif untuk
merapatkan jurang digital negara," jelasnya.

Tambahnya lagi, keutamaan Astro ketika ini adalah untuk menyediakan pengalaman jalur lebar lebih menarik menerusi kemudahan Internet yang boleh dipercayai dan mampu milik di seluruh rumah, supaya semua penghuni boleh menikmati Internet yang pantas dan stabil.

Astro Fibre dilengkapi dengan agen mesh sedia terbina yang diperlukan untuk memberikan tahap kebolehpercayaan lebih tinggi dan kelajuan Internet lebih pantas di seluruh rumah dan pelanggan mempunyai pilihan untuk menambah Mesh WiFi daripada serendah RM10 sebulan.

Untuk merapatkan lagi jurang sambungan Internet, semua pelan Astro Fibre akan menggunakan router dengan keupayaan WiFi 6 untuk menjamin prestasi gerbang kediaman (RGW) yang mantap dan juga pengalaman pengguna lebih baik untuk memenuhi keperluan rangkaian pelanggan yang semakin hari semakin bertambah.

Pelan 50 Mbps ditawarkan pada harga RM99 sebulan manakala kelajuan 100 Mbps disediakan pada RM129 sebulan dengan satu unit Mesh WiFi selama 24 bulan untuk kelajuan 100 MBps dan keatas, manakala sambungan 500 Mbps dan 800 Mbps masing-masing ditawarkan pada harga RM189 dan RM249 sebulan, harga paling termampu di pasaran.

Pelanggan yang mahu kelajuan 2x lebih pantas atau akses kepada lebih daripada 85 saluran dan Mesh WiFi percuma boleh menambah RM1 sehari sebulan untuk menaik taraf pelan mereka kepada Astro Fibre 100 Mbps pada RM129 atau Pek Jimat Kencang RM129.99 yang termasuk, 50Mbps + Pek Primary.

Perkhidmatan jalur lebar tersendiri Astro Fibre kini boleh didapati oleh semua pelanggan yang berminat. Daftar sekarang di astrofibre.com.my atau telefon 03-74813000 untuk maklumat lanjut.