Menyedari kehendak rakyat Malaysia terhadap perkhidmatan yang lebih pantas, Astro dan Maxis kini menawarkan pelan perkhidmatan jalur lebar yang lebih berbaloi buat pelanggan IPTVnya.

Pelanggan sedia ada kini akan menikmati kelajuan 30Mbps pada kadar RM89 sebulan atau memilih untuk menaik taraf pelan kepada 100Mbps pada RM129 sebulan.

Pelan ini hadir dengan peranti router Wi-Fi dual-band dan tiada kuota penggunaan.

Mereka juga layak mendapat naik taraf perkakasan secara percuma dengan memperbaharui kontrak dengan pelan jalur lebar yang baharu.

Dengan melanggan pelan baharu jalur lebar tersebut, pelanggan boleh mendapatkan pakej ‘bundle’ Astro pada harga serendah RM39.95 sebulan.

Pelanggan IPTV Astro-Maxis boleh menikmati hiburan terbaik tempatan mahupun antarabangsa seperti filem ‘blockbuster’, edutainment, siaran langsung acara sukan dan berita terkini, sebagai tambahan kepada ribuan tayangan ‘on demand’.

Pelanggan yang ingin mendapatkan pelan jalur lebar terbaharu ini boleh mendaftar di www.astro.com.my/iptv atau menerusi IVR dan SMS.

Pelanggan yang mendaftar untuk pelan 100Mbps akan dimaklumkan kesediaan perkhidmatan itu di laman web tersebut.