#BabyCTDK: Fatimah Az-Zahra bakal ditahnik Mufti Wilayah Persekutuan

Sinar Harian
Mac 22, 2018 13:57 MYT
Datuk Seri Khalid bersama Datuk Dr Zulkifli dan wakil Karangkraf, Ahmad Yani. -Foto Facebook Ahmad Yani
SUAMI kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, telah menyampaikan hajat mengundang Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dzulkifli al-Bakri menyempurnakan tahnik, cukur rambut sempena majlis akikah anaknya, hujung minggu ini.
"Alhamdulillah Siti Nurhaliza dan baby sihat serta masih di hospital..." ujar Datuk K penuh kegembiraan semasa bertemu di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Menurut Datuk K juga, nama penuh puteri sulungnya itu akan diumumkan semasa majlis akikah kelak.
Buat sementara itu, bayi tersebut hanya dipanggil Fatimah Az-Zahra sempena nama anak Rasulullah SAW.
Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada Isnin lalu secara pembedahan.
#akikah #belah mulut #Fatimah Az-Zahra #Khalid Mohamad Jiwa #Mufti Wilayah Persekutuan #Siti Nurhaliza #tahnik