Bapa bintang K-Pop Samuel Kim ditemui mati, ditikam dan dibunuh di rumah

Gempak
Julai 18, 2019 22:29 MYT
Menurut laporan media, Jose, 58, telah dibunuh dirumahnya yang bertempat di Cabo San Lucas, Mexico.
BAPA penyanyi K-Pop yang juga merupakan finalis program Produce 101 musim kedua, Kim Samuel ditemui mati dirumahnya.
Menurut laporan media, Jose, 58, telah dibunuh di rumahnya yang bertempat di Cabo San Lucas, Mexico.
Berita itu juga dimaklumkan oleh rakan terdekat keluarga mereka yang mengesahkan mayat Jose telah ditemui pada pagi Selasa.
Dimaklumkan juga bahawa Jose telah ditikam beberapa kali di bahagian belakangnya sebelum dibunuh.
Bagaimanapun, punca kematian Jose masih belum diketahui dan polis sedang melakukan siasatan.
Berita itu ternyata mengejutkan peminat Samuel dan mereka juga mengucapkan takziah kepada penyanyi berkenaan.
Sehingga kini, Samuel atau nama sebenarnya Samuel Kim Arredondo belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kejadian tersebut.
Terdahulu, Jose merupakan usahawan mobil terkenal di Amerika Syarikat dan berkahwin dengan ibu Samuel yang merupakan seorang wanita Korea Selatan. - Soompi/Allkpop
#bapa Samuel Kim dibunuh #bintang K-Pop #dibunuh #Korea Selatan #mati #Samuel Kim #siasatan