KUALA LUMPUR: Anak kepada pelakon terkenal, Ridzuan Hashim, Dhaniyah memaklumkan bapanya meninggal dunia di kediaman sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.

Dhaniyah ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu jenazah bapanya masih berada di bilik forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

“Arwah bapa disyaki terkena serangan jantung. Kami kini berada di HKL dan masih menunggu arwah selesai proses bedah siasat. Arwah memang ada sejarah penyakit jantung sebelum ini.

“Setakat ini saya belum dapat kongsi lebih lanjut. Tunggu ibu akan update di media sosial dari masa ke semasa,” katanya.

BACA: Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia

Dalam pada itu, bekas isterinya, pelakon Didie Alias memaklumkan jenazah dikafankan di surau kuarters HKL dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 16, Hulu Langat.

“Sesiapa yang ingin melawat arwah buat kali terakhir boleh berkumpul di Masjid Batu 16 Hulu Langat. Solat jenazah di sana,” tulisnya menerusi laman Instagram sebentar tadi.


Sementara itu, bekas isteri Allahyarham, pelakon Didie Alias memaklumkan jenazah dikafankan di surau kuarters HKL dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 16, Hulu Langat.

“Sesiapa yang ingin melawat arwah buat kali terakhir boleh berkumpul di Masjid Batu 16 Hulu Langat. Solat jenazah di sana,” tulisnya menerusi laman Instagram sebentar tadi.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, berkata negara kehilangan permata industri kreatif dengan pemergian Allahyarham.

Beliau turut berkongsikan latar belakang serta antara pencapaian Allahyarham sepanjang kariernya di tanah air.

"Beliau dilahirkan pada 13 Ogos 1961 di Kuala Lumpur, Ridzuan Hashim berkahwin dengan Didi Alias pada tahun 1991 dan dikurniakan lima orang anak, walau bagaimana pun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga tahun 2002.

"Antara filem lakonan beliau adalah Antara Dua Hati (1988) yang menjadi filem pertama beliau, Hati Bukan Kristal (1990), Lurah Dendam (1996), Ghazal Untuk Rabiah (1997), Sri Dwi Malam (2001), Cinta 200 Ela (2002), SH3 (2004), Qaisy & Laila (2005), 1957: Hati Malaya (2007), Dunia Baru The Movie (2008) dan antara filem yang meledakkan nama beliau kembali adalah hasil lakonan beliau dalam KL Gengstar sebagai watak King.

"Arwah Ridzuan Hashim juga permah memenangi anugerah Pelakon lelaki terbaik FFM Kesemblilan menerusi filem Hati Bukan Kristal, Pelakon lelaki pembantu terbaik FFM-13 untuk filem Ghazal Untuk Rabiah (Pencalonan) serta beberapa pencalonan lain lagi," katanya.