'Barbie' ungguli 'box office' Amerika Utara 3 minggu berturut-turut

Bernama
Ogos 7, 2023 04:40 MYT
'Barbie' menampilkan pelakon-pelakon ternama termasuk Margot Robbie dan Ryan Gosling. - Gambar/ FB Barbie the Movie
LOS ANGELES: Filem komedi fantasi Warner Bros. Pictures, 'Barbie' kekal di puncak carta box office (pecah panggung) Amerika Utara buat tiga hujung minggu berturut-turut dengan kutipan tiga hari dianggarkan sebanyak US$53 juta.
Ia berdasarkan data daripada firma penilaian Comscore yang didedahkan pada Ahad, lapor Xinhua.
Filem aksi langsung arahan pengarah wanita Amerika Greta Gerwig, mengumpul sebanyak US$459.4 juta di Amerika Syarikat dan Kanada untuk kutipan global US$1.031 bilion sehingga Ahad.
'Barbie' menampilkan pelakon-pelakon ternama termasuk Margot Robbie dan Ryan Gosling.
"Meg 2: The Trench," sebuah filem hasil kerjasama antara Amerika Syarikat dan China, menduduki tempat kedua dengan kutipan US$30 juta pada hujung minggu pembukaannya di Amerika Utara.
Filem 'thriller'mengenai jerung arahan Ben Wheatley itu dibintangi pelakon Britain Jason Statham dan pelakon China Wu Jing,
Ia berjaya mengutip US$112 juta dari 75 pasaran antarabangsa, termasuk kira-kira US$54 juta daripada tanah besar China.
Sementara itu, drama biografi Universal Pictures 'Oppenheimer', arahan Christopher Nolan berada di tempat ketiga dengan kutipan US$28.7 juta pada hujung minggu ketiganya dengan jumlah kutipan di Amerika Utara sebanyak US$228.6 juta setakat ini .
--BERNAMA-XINHUA
#Amerika Syarikat #Barbie #Box Office #kutipan tertinggi