Bekas bintang bola sepak England, David Beckham, mengakui dia kecewa dengan harapan tinggi yang diletakkan masyarakat kepada anak-anaknya.

Dalam temuramah dengan saluran ABC di Amerika Syarikat pada Jumaat, Beckham berkata dia terkilan apabila orang ramai mengharapkan anak-anaknya menjadi pemain bola sepak yang bagus, hanya kerana mereka membawa nama Beckham.

"Saya gembira jika anak-anak saya mahu mengikut jejak langkah saya, tetapi hanya jika perkara itu menggembirakan mereka," kata Beckham.



Kata Beckham, salah seorang anak lelakinya ada mengadu tentang tekanan yang terpaksa dihadapi.

"Mereka perlu bermain sebagus saya, jika tidak mereka akan dinilai sebagai tidak bagus. Ia mengecewakan saya," tambah Beckham.

Beckham dan isterinya, Victoria, memiliki tiga anak lelaki; Brooklyn, 16, Romeo, 13, dan Cruz, 10. Mereka juga mempunyai seorang anak perempuan, Harper, 4 tahun.