SHAH ALAM: Perjalanan peserta Big Stage musim kelima, Naufal Azrin hampir terhenti setakat minggu kedua apabila dia diumumkan sebagai perserta yang harus meninggalkan pentas nyanyian itu selepas mendapat markah terendah daripada barisan juri.
Naufal yang memperoleh 38 markah keseluruhan boleh menarik nafas lega apabila juri tetap Big Stage, Ajai dan Aina Abdul menyelamatkan kedudukannya dengan menggunakan Imuniti X.
Namun, dalam menarik nafas lega penggunaan Imunti X itu memberi mimpi buruk buat Isaac Voo apabila dia harus mengantikan penyingkiran Naufal pada konsert minggu kedua itu.
Persembahan Isaac,28, yang menyampaikan lagu Terhangat Di Pasaran (KRU) gagal menambat hati juri pada malam tersebut hanya mendapat 36.33 markah secara keseluruhan.
Selain Isaac dan Naufal peserta yang turut menduduki tangga tiga terbawah adalah Aufahanie yang memperoleh 37 markah selepas menyampaikan lagu Nang nyanyian asal Iman Troye.
Pada masa sama, persembahan bertenaga daripada Nadeera Zaini yang menyampaikan lagu Levitating nyanyian asal Dua Lipa membuahkan hasil apabila dia diumumkan sebagai pemenang anugerah Dominasi Persembahan Terbaik dan juga menduduki tangga tiga teratas.
Bagi minggu ketiga, kesemua 12 peserta diberikan cabaran untuk menyampaikan lagu bertemakan “Asmaraloka”.
Selain Ajai dan Aina Abdul, mereka turut ditemani dua juri jemputan iaitu Ryan Bakeri (Presiden Netizen), dan penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng sebagai juri jemputan.
Andmesh turut menyampaikan lagu, Cinta Luar Biasa sebelum segmen penyingkiran perserta dilaksanakan.
Program yang dikendalikan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Asyraf Roslan
Mon May 15 2023
Isaac Voo terpaksa meninggalkan pentas Big Stage 2023 selepas juri membuat keputusan menggunakan imuniti X bagi menyelamatkan peserta, Naufal Azrin daripada tersingkir. - Gambar Astro AWANI/Azrul Rafie
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
"Tengok muka depan cermin"- Misha Omar tempelak netizen hina wajah Nadeera
Penyanyi Misha Omar menempelak netizen yang didakwa menghina wajah juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini sehingga disamakan dengan haiwan.
Big Stage 2023: Curi 'spotlight' peserta? Inilah dunia hiburan - Rina Nose
Setiap minggu pasti ramai yang menantikan kemunculan mereka berdua sehinggakan ada sesetengah peminat Big Stage mendakwa mereka hanya mengenali hos dan bukannya barisan peserta yang bertanding.
Big Stage 2023: Isu seluar ketat, Putera Muhammad mohon maaf
Apa yang berlaku di luar kawalan, kata Putera Muhammad.
Big Stage 2023: Menang bergaya, Nadeera Zaini dinobat juara musim kelima
Dengan jumlah markah sebanyak 68, Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara Big Stage 2023.
Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu
Malam ini kita akan tahu siapa yang bakal membawa pulang gelaran juara Big Stage 2023.
Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir
Sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.
Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai juga mengakui bahawa dirinya sekadar menunjukkan dua sisi berbeza mengikut situasi.
Big Stage 2023: Harapan Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat ke minggu akhir musnah
Peserta Big Stage 2023, Dem Lepakz Boyz dan Firdaus Rahmat harus menerima kenyataan langkah mereka terhenti hanya di minggu separuh akhir.
Big Stage 2023: Reda tersingkir, perjalanan Coex baru bermula
Hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi untuk melangkah ke minggu akhir namun perjalanan Coex di Big Stage terhenti setakat minggu ketujuh.
Big Stage 2023: Perjalanan Coex berakhir, giliran Nadeera dapat 100 markah
Perjalanan satu-satunya peserta berkumpulan di pentas Big Stage 2023, Coex terhenti setakat minggu ketujuh.