SHAH ALAM: Peserta Big Stage 2023 dari Singapura, Farhan Shah mampu menarik nafas lega apabila diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu pertama.

Farhan berada di tangga tiga terbawah bersama dua perserta lain iaitu Issac Voo dan Meer Nash.

Menerusi penilaian juri, Farhan hanya mendapat 37 peratus selepas menyampaikan lagu daripada Taufik Batisha iaitu Sesuatu Janji.

Manakala kemunculan peserta duo dari Korea, Hoondoo di pentas Big Stage ternyata memberi persaingan sengit kepada peserta lain apabila berjaya menambat hati juri dengan persembahan mereka dan mendapat markah 81 peratus secara keseluruhan.

Menyampaikan lagu I Will Go To You Like The First Snow nyanyian asal Ailee membuahkan hasil apabila mereka berjaya mendapat anugerah Dominasi Persembahan Terbaik yang juga merupakan pilihan juri tetap.

Hoondoo Menyampaikan lagu I Will Go To You Like The First Snow nyanyian asal Ailee



Bagi minggu kedua, kesemua 13 peserta akan menyampaikan lagu bertemakan “Flex your beat”.

Kesemua peserta diadili dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul ditemani dua juri jemputan iaitu Nora Danish (Presiden Netizen) dan Lah Ahmad (Juri Jemputan).

Program yang dikendalikan oleh Elly Mazlien dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

Gabungan pertama Kak Lina Pom Pom dan Rina Nose di pentas Big Stage 2023