BINTANG 'That '70s Show' Danny Masterson didakwa atas tuduhan merogol dua wanita ketika perbicaraan semula diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Namun para juri, yang bersidang selama seminggu, membebaskan Masterson atas tuduhan merogol seorang lagi wanita yang juga bekas teman wanitanya, lapor The Associated Press.

Ketiga-tiga kejadian dikatakan berlaku di rumahnya di Hollywood Hills antara tahun 2001 dan 2003.

Pelakon berusia 47 tahun itu kini berdepan hukuman penjara selama 30 tahun.

Keputusan itu dicapai 6 bulan selepas Masterson pertama kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol tiga wanita yang dikenalinya melalui Church of Scientology.

Masterson menafikan segala tuduhan terhadapnya dan kes itu pada perbicaraan pertama digugurkan.

Bintang sitcom itu juga menafikan telah menyerang seorang lagi wanita yang turut didakwa telah dirogol oleh Masterson.