Bintang US MasterChef Junior, Ben Watkins meninggal dunia pada usia 14 tahun

Astro Awani
November 19, 2020 07:41 MYT
Kematian Ben juga turut dirasai oleh juri rancangan popular itu, Gordon Ramsay, yang turut menyifatkan Watkins -seorang chef celik berbakat dan cekal-. -Foto Instagram / Masterchef Junior
BINTANG program realiti TV, US MasterChef Junior, Ben Watkins dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser pada usia 14 tahun.
Berita kematian chef celik itu disahkan oleh ahli keluarga Ben, pada Isnin.
Kematian Ben juga turut dirasai oleh juri rancangan popular itu, Gordon Ramsay, yang turut menyifatkan Watkins “seorang chef celik berbakat dan cekal”.

We lost a Master of the @MasterChefJrFOX kitchen today. Ben you were an incredibly talented home cook and even stronger young man. Your young life had so many tough turns but you always persevered. Sending all the love to Ben Watkins family with this terrible loss Gx pic.twitter.com/RX81hP7lbw

— Gordon Ramsay (@GordonRamsay) November 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Watkins, yang membintangi rancangan masakan popular itu pada tahun 2018.
Difahamkan, Ben datang dari sebuah keluarga yang susah dan kehilangan ibu dan bapanya dalam kes bunuh diri tiga tahun lalu.
Dia dibesarkan oleh neneknya, Donna Edwards dan bapa saudaranya, Anthony Edwards.
“Dia telah pergi untuk bertemu dengan ibunya pada petang hari ini setelah bertarung nyawa melawan kanser untuk tempoh setahun setengah.
“Biarpun kami berasa sedih dengan kehilangannya, namun kami berasa lega kerana penderitaannya telah berakhir dan kami terharu kerana dia disayangi ramai orang di sepanjang hayatnya," kata Donna dan Anthony dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Ben berasal dari Chicago dan mendapat kemahiran dalam bidang kulinari selepas bekerja dengan bapanya di restauran milik keluarganya, Michael's Barbecue Restaurant.
Dia juga pernah menyatakan bahawa dia mewarisi kemahiran dalam bidang bakeri menerusi ibunya.
Bagaimanapun pada 2017, dia berdepan dengan peristiwa tragik dalam hidupnya.
Difahamkan, bapa Ben telah menembak mati ibunya dan kemudian membunuh diri dengan senjata api yang sama.
#bintang realiti TV #US MasterChef Junior #mati #keluarga #meninggal dunia #United States #Ben Watkins #kanser