POLIS telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi pop terkenal dunia, Britney Spears atas dakwaan mendatangkan kecederaan kepada seorang pekerja.

Menurut Ketua Polis Ventura County, Capt. Eric Buschow, pekerja berkenaan membuat laporan polis selepas Spears didakwa memukulnya pada Isnin lalu.

Tambah Buschow, pekerja berkenaan, bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

Polis, katanya, akan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, peguam penyanyi itu, Mathew Rosengart berkata, insiden berkenaan tercetus berikuran salah faham, namun, diperbesarkan oleh pihak tertentu.

"Ini merupakan satu perkara yang kecil dan tidak melibatkan apa-apa kecederaan namun diperbesarkan oleh pihak tertentu.

"Sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan dan kes ini sepatutnya ditutup sebaik diterima," katanya seperti dipetik ABC News.

Sejak kebelakangan ini Spears menjadi perhatian kerana cuba memaksa bapanya, Jamie, untuk melepaskan hak penjagaan bagi mengawal urusan peribadi, harta dan aset anak keduanya itu berjumlah hampir AS$60 juta sejak kira-kira 13 tahun lalu.

BACA: Bapa Britney Spears lepaskan hak penjagaan

Minggu lepas Jamie bersetuju untuk melepaskan hak penjagaan itu.