BTS, kumpulan K-Pop pertama cecah 20 juta pengikut di Twitter

Gempak
Mei 24, 2019 10:00 MYT
BTS catat rekod jadi artis Korea pertama memiliki 20 juta pengikut di Twitter. -Foto Gempak
KUMPULAN K-Pop terkenal dunia, BTS mencatat rekod baharu apabila menjadi artis Korea pertama yang memiliki 20 juta pengikut di Twitter.
Fenomena BTS ini nampaknya semakin menjadi-jadi apabila akaun mereka, @BTS_twt mencatatkan pertambahan pengikut daripada 15 juta kepada 20 juta dalam masa kurang setahun bermula 30 Mei 2018.
Diikuti dengan akaun kedua yang mencatatkan pengikut teramai iaitu @bts_bighit yang merupakan akaun rasmi BTS dengan jumlah 15 juta pengikut.
Kumpulan yang berpangkalan di Seoul itu kini secara rasmi memegang kumpulan muzik paling berpengaruh di Twitter.
Terdahulu, @BTS_twt merupakan akaun peribadi BTS yang dikongsi dan dikendalikan sendiri oleh Jin, RM, SUGA, J-HOPE, Jimin, V dan Jungkook.
BTS aktif menggunakan akaun tersebut untuk berkomunikasi dan berkongsi aktiviti harian bersama peminat mereka di seluruh dunia.
Sumber: Soompi
Foto: @piecesofmine_jm
#20 juta pengikut di Twitter #artis Korea #BTS #K-pop #Korea Selatan