KUMPULAN K-pop terkemuka BTS sekali lagi mencipta rekod, kali ini untuk jumlah lagu terbanyak dalam carta Spotify dan lagu baharu dengan jumlah pendengar terbanyak dalam 24 jam.

Buat pertama kali dalam sejarah, sejumlah 28 lagu kumpulan pop Korea Selatan terkenal itu kini berada di dalam carta, lapor Soompi.

Kejayaan ini menyusul pasca kemunculan album terbaharu mereka "Proof" pada 10 Jun lalu.

"Proof" menampilkan tiga lagu baharu -- "Yet to Come (The Most Beautiful Moment)", "Run BTS" dan "For Youth" -- dengan beberapa lagu hit mereka sebelum ini termasuk "Dynamite", "Spring Day", dan "IDOL".

Pada hari pertama album dikeluarkan, kesemua lagu baharu BTS itu berada di kedudukan tertinggi dalam carta ‘Spotify’s daily Global Top 200’.

Lagu sandaran mereka "Yet to Come" berada di tempat ketiga dalam carta global harian setelah berjaya meraih 7 juta pendengar selepas diterbitkan, sekali gus memecah rekod pendengar terbanyak dalam 24 jam bagi lagu berbahasa Korea.

Manakala dua lagi lagu baharu, "Run BTS" berada tempat ke-6, dan "For Youth" di tempat ke-11.

Lagu-lagu hit BTS terdahulu tidak kurang hebatnya apabila turut menempa tempat dalam carta.

Lagu "Born Singer" di tempat ke-16 carta global harian, diikuti "Dynamite" di tangga ke-47, "Butter" di tempat ke-50, "My Universe" (68), "No More Dream" (69), dan "Boy With Luv (featuring Halsey)" (85).

Lagu "Boy in Luv" berada di tangga ke-103, "N.O" "104", "I NEED U" (108), "Life Goes On" (109), "FAKE LOVE" (112), "Intro: Persona" (116), "RUN" (119), dan "Blood Sweat & Tears" (123).

Lagu-lagu lain ialah "Danger" (128), "Spring Day" (130), "FIRE" (143), "ON" (145), "DNA" (146), "Euphoria" (149), "Stay" (158), "Moon" (174), "IDOL" (177), "Filter" (183), dan "Intro: Singularity" di tangga ke-197.