Bunga api majlis kahwin Nick-Priyanka undang kontroversi, sindiran netizen

Astro Awani
Disember 2, 2018 00:56 MYT
Pertunjukan bunga api besar-besaran di Istana Umaid Bhavan dapat disaksikan dari jarak jauh. - AP
KEMERIAHAN perkahwinan antara bintang asal Bollywood Priyanka Chopra dengan selebriti dari Amerika Syarikat Nick Jonas masih berlangsung.
Pada hari ini (Ahad), penyatuan dua mempelai itu diteruskan dengan upacara yang mengikut adat tradisional Hindu.
Belumpun keseronokan itu berakhir, netizen khususnya dari India khususnya sudahpun mengetengahkan satu isu yang kontroversi sekali gus menyindir Priyanka sebagai seorang hipokrit.
Semuanya gara-gara pertunjukan bunga api yang melatari suasana di lokasi majlis iaitu di Istana Umaid Bhavan, Jodhpur.
Pada Sabtu malam, langit di kawasan itu bercahaya dengan pertunjukan bunga api besar-besaran yang berlangsung selama beberapa minit.

Dreamy! Its a ball in Jodhpur as @priyankachopra and @nickjonas get married in a Christian ceremony today. pic.twitter.com/U7VOWskBDm

— Filmfare (@filmfare) December 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa minggu sebelumnya, Priyanka menyeru orang ramai supaya mengurangkan bermain bunga api sempena sambutan Diwali.
Alasannya, asap yang terhasil daripada bunga api menjejaskan pesakit-pesakit asma, iaitu satu masalah kesihatan yang turut dialami Priyanka sendiri sejak kecil.
"Jadikan Diwali tentang cahaya, ladu, kasih sayang dan bukannya pencemaran. Kurangkan penggunaan bunga api supaya anda semua dan pesakit asma seperti saya, dan haiwan boleh menikmati perayaan ini juga," ujar Priyanka dalam pesanan tersebut.

Congratulations to @Cipla_Global for the groundbreaking invention.@priyankachopra had asthma since age of 5. Firecracker pollution on Diwali made her asthma worse, bt aftr using Cipla inhaler, her asthma got cured within a month, &now she is enjoying firecrackers on her wedding pic.twitter.com/iVxQtAaU4C

— Neta Ji (@AapGhumaKeLeLo_) December 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai mula memuat naik status di Facebook dan tweet yang menyindir Priyanka, antara lain berjenaka bahawa bunga api yang digunakan dalam majlis perkahwinan selebriti itu adalah ‘dari jenis tidak berbunyi bingit, mesra alam sekitar, tidak menghasilkan pencemaran asap, dan mesra haiwan’.
Ada pula yang mempertikai betapa mudahnya mendapat keizinan untuk membuat pertunjukan bunga api besar-besaran seperti itu, sedangkan ketika perayaan Diwali, mereka mendakwa ada tangkapan dibuat kerana ia dianggap menyalahi peraturan.

Wonderful display of secular, non polluting, noiseless, animal friendly, pre 8 pm fireworks in Bollywoodstan. https://t.co/wTME2NuRCx

— Aashish Chandorkar (@c_aashish) December 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Amazing ! Oxygen producing crackers...Pretty sure theyll reduce pollution a few hundred kms away in Delhi... https://t.co/5Fa08D3gEg

— The-Lying-Lama (@KyaUkhaadLega) December 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Was there any Special permission from Mi Lords for Huge Fireworks at Priyanka Chopra & Nick Jones Christian Wedding in Jodhpur ?? As there was a Restricted fireworks in Diwali for Hindus pic.twitter.com/n3PgRZKGNu

— Mahesh Joshi (@MaheshJoshi_MJ) December 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bunga api #hipokrit #majlis perkahwinan #netizen #Nick Jonas #Priyanka Chopra #selebriti