Ceria Megastar 2020: Kowachee buktikan kehandalan, gondol hadiah RM25,000

Astro Awani
Julai 18, 2020 15:33 MYT
Kowachee berjaya merangkul wang tunai RM25,000 apabila dinobatkan juara Konsert Finale Ceria Megastar 2020.
Penari cilik Kowachee berjaya merangkul wang tunai RM25,000 apabila dinobatkan juara Konsert Finale Ceria Megastar 2020 yang berlangsung di Seri Kembangan pada Sabtu.
Dia yang menarikan persembahan tarian berlatarkan lagu Tokyo Drift Remix itu turut membawa pulang trofi Ceria Megastar 2020.
Tempat kedua dimenangi oleh Nana yang menyampaikan lagu berbahasa Inggeris 'Say Something' dan 'Roar'.
Sementara Adinda tampil berani mempertaruhkan lagu tempatan 'Ku Bersuara' nyanyian asal Ernie Zakri, yang nyata mencabar kemampuan vokal penyanyi cilik itu.
Nana membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 sementara Adinda yang memenangi tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM10,000.
Ija yang memperoleh tempat keempat pula, membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.
Konsert finale itu turut menyaksikan penglibatan Zizan Razak dan Ernie Zakri selaku juri tetap, Datuk AC Mizal selaku juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat, Alam Wakaka dan Chubb-E selaku penasihat persembahan, bersama Nabil Ahmad sebagai pengacara.
Ceria Megastar 2020 berlangsung selama lapan minggu dengan keseluruhan 20 peserta.
#Astro Ceria #konsert #Konsert Finale Ceria Megastar 2020 #Konsert Finale Ceria Megastar 2020 Ceria Megastar astro ceria #Kowachee #Tokyo