Cheryl Cole memfailkan saman terhadap produksi "X-Factor" selepas dipecat sebagai juri.

Dia menyaman sebanyak $2.3 juta (RM7.02 juta) terhadap kerugian kontrak yang dijanjikan.

Cole yang merupakan juri untuk versi United Kingdom sebelum ini beralih mengadili "X-Factor" versi Amerika bersama Simon Cowell.

Bagaimanapun, dia dan Paula Abdul kemudian dipecat.

Walaupun sudah dijanjikan tempat untuk musim kedua, tempat mereka digantikan oleh Britney Spears dan Demi Lovato.

Dengan ini, "X-Factor" dikatakan berhutang kepada Cole sebanyak $2.3 juta termasuk bayaran $2 juta (RM 6.1 juta) sebagai juri, $100 ribu (RM 305,160) untuk kostum, $25 ribu (RM 76,290) untuk perunding imej serta elaun lain.

Cole juga mahu penerbit membayar semula tiket penerbangannya dari London ke Los Angeles di samping gaji pengawal peribadinya.

Penerbit "X-Factor", Fremantle Media tidak memberikan sebarang komen.