Darren tersingkir di Konsert Akademi Fantasia minggu ke-2

Astro Awani
September 21, 2013 14:25 MYT
Konsert Akademi Fantasia 2013, Minggu 2
Konsert minggu kedua Akademi Fantasia musim ke-10 berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya bermula jam 9 malam Sabtu.
Persembahan pertama dimulakan oleh Indah dengan lagu Sinaran nyanyian asal oleh Datuk Sheila Majid.
Ini diikuti dengan persembahan Manaf yang mengharapkan tuah dengan lagu nyanyian Yuna iaitu Terukir di Bintang.
Menyusuri seterusnya Duo wanita Irmisa membawakan lagu dari Raja POP Malaysia Jamal Abdillah dengan lagunya Kekasih Awal dan Akhir.
Bintang seterusnya Nabila mencabar vokalnya dengan lagu Setiaku Disini nyanyian asal Ziana Zain.
Faizul pula mengambil giliran dengan menyanyikan lagu Pasti nyanyian asal Ning Baizura untuk minggu yang ke-2 ini.
Seterusnya persembahan Suhada dengan lagu Juara AF yang ke-7 Hafiz Suip (Bahagiamu Deritaku).
Dengan jiwa kepahlawanan Melayu Darren membawakan lagu dari Datuk M Nasir iaitu Mantera Semerah Padi.
Amira memilih lagu Pastikan nyanyian dari penyanyi no.1 Malaysia Datuk Siti Nurhaliza kali ini untuk mencabar vokalnya.
Bintang yang sering membawa kelainan dalam setiap lagu nyanyiannya Aisyah, kini menyanyikan lagu Iris dari Awie.
Bintang bersuara lantang Nona menyanyikan lagu dari Inspirernya Faizal Tahir iaitu Selamat Malam.
Duo lelaki Azhael membuat persembahan terakhir dengan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian dari Ratu Rock Malaysia Ella.
Persembahan dari artis kecil molek jemputan dari Indonesia Tegar menyanyikan lagu hit beliau Aku yang Dulu Bukanlah yang Sekarang.
Bintang-bintang Top 11 dengan lagu Menuju Puncak sebagai persembahan penutup minggu ke-2 ini sebelum salah seorang tersingkir mengikuti jejak Sani.
Akhirnya Darren diumumkan tersingkir di minggu ke-2 ini.
Apa pendapat anda? Adakah Darren layak disingkirkan atau ada pelajar lain sewajarnya ditunjukkan jalan pulang. Kongsi pandangan di sini.
#Konsert Akademi Fantasia 2013 #Minggu 2